Mencipta Logo Pasukan

Tarikh :

1 Ogos 2024

Masa   : 02:30 pm-03:30 pm             
Lokasi : Bilik Latihan NADI
Peserta: 5 Orang

 

Tujuan: 

Peserta telah mempelajari cara mencipta logo menerusi laman web Canva.

Melalui tunjuk ajar petugas, peserta telah berjaya mencipta logo pasukan untuk menyertai Pertandingan E-Sport MLBB peringkat NADI.

 

Mencipta Logo Pasukan

Tarikh :

2 & 7 Ogos 2024

Masa   : 03:00 pm-04:00 pm             
Lokasi : Bilik Latihan NADI
Peserta: 10 Orang

 

Tujuan: 

Peserta telah mempelajari cara mencipta logo menerusi laman web Canva. 

Melalui tunjuk ajar petugas, peserta telah berjaya mencipta logo pasukan untuk menyertai Pertandingan E-Sport MLBB peringkat NADI dengan menyunting templat logo yang telah tersedia pada laman web Canva.

 

Wordsearch Hari Kemerdekaan

Tarikh :

8 Ogos 2024

Masa   : 03:00 pm-04:00 pm             
Lokasi : Bilik Latihan NADI
Peserta: 5 Orang

 

Tujuan: 

Bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia, petugas telah mengadakan kuiz wordsearch kepada peserta. 

Melalui aplikasi Paint pada komputer, peserta telah berjaya menyelesaikan kuiz wordsearch iaitu mencari 20 patah perkataan yang berkaitan dengan Malaysia.

 

Aktiviti STEM: Lava Bomb

Tarikh :

9 Ogos 2024

Masa   : 02:30 pm-03:30 pm             
Lokasi : Bilik Latihan NADI
Peserta: 2 Orang

 

Tujuan: 

Aktiviti STEM pada bulan ini ialah eksperimen Lava Bomb yang menggunakan bahan seperti cuka, baking soda dan pewarna makanan. 

Pada akhir aktiviti, peserta dapat melihat tindak balas apabila semua bahan dicampur yang menyebabkan terhasilnya karbon dioksida yang menyerupai Lava Bomb.

 

E-Pembelajaran: Kuiz Kahoot

Tarikh :

10 Ogos 2024

Masa   : 09:00 am-10:00 am             
Lokasi : Bilik Latihan NADI
Peserta: 3 Orang

 

Tujuan: 

Kuiz kahoot bersama peserta yang merangkumi kuiz berkaitan dengan MLBB, Sejarah Malaysia dan ICT. 

Pada akhir aktiviti, peserta dapat menerokai ilmu baru dan mengulang kaji sejarah penting berkenaan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia melalui sesi soal jawab Kuiz Kahoot.

 

Asas Penggunaan ChatGPT

Tarikh :

10 Ogos 2024

Masa   : 10:00 am-11:00 am             
Lokasi : Bilik Latihan NADI
Peserta: 5 Orang

 

Tujuan: 

Peserta telah diperkenalkan dengan laman web ChatGPT sebagai salah satu teknologi Ai yang terkenal pada masa kini. 

Pada akhir aktiviti, peserta dapat mempelajari fungsi asas ChatGPT melalui latihan yang telah diajar oleh petugas yang dapat digunakan pada masa hadapan kelak.

 

Asas Microsoft Word: Membina Jadual & Carta 

Tarikh :

10 Ogos 2024

Masa   : 11:00 am-12:00 pm             
Lokasi : Bilik Latihan NADI
Peserta: 5 Orang

 

Tujuan: 

Fungsi membina jadual dan carta pada Ms Word telah diajar kepada peserta. 

Pada penghujung kelas, peserta telah berjaya memindahkan dan menyusun maklumat pada jadual dan carta dengan mudah menerusi fungsi-fungsi Ms Word.

 

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________________