Sebanyak 3 buah pondok keselamatan telah dibina oleh pihak KRT (Keselamatan Rukun Tertangga) di kawasan Kampung Semera. Pada waktu malam, pihak RELA akan berjaga di pondok tersebut untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku seperti kes kecurian, bergaduh dan sebagainya.
Pondok tersebut telah di bina di pintu masuk ke Kampung Semera iaitu :
- Kampung Semera Ulu (pintu masuk Kampung Semera)
- Kampung Semera Lot (berdekatan Klinik Kampung Semera dan juga pintu masuk kawasan Kampung Semera Lot)
- Kampung Semera Hilir.