1. S: Apakah peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? |
||||||
J: Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;
|
||||||
2. S: Berapakah jumlah NADI yang ada di seluruh negara ketika ini? |
||||||
J: Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai
|
||||||
3. S: Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada NADI? | ||||||
J: ● Menerusi transformasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini terdapat lima (5) inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:
a. Pertamanya, menaik taraf kepada NADI yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,
|
||||||
4. S: Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di NADI ? |
||||||
J: Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
o latihan ICT,
|
||||||
5. S: Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan NADI dapat dicapai dengan efektif? |
||||||
J: ● Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan NADI sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADI diwujudkan di semua NADI di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat NADI adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan NADI serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di NADI tersebut.
● Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat NADI adalah membantu dalam memastikan NADI mendapat sambutan komuniti setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan ekonomi berkaitan NADI. Memberi sokongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program yang dijalankan di NADI bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO, kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan aktiviti dan program di NADI, serta membantu dalam penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di NADI kepada kumpulan sasar dan masyarakat. |
||||||
6. S: Apakah peranan Rakan Digital NADI? |
||||||
J: ● Seramai 600 Rakan Digital NADI akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke NADI tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus.
● Rakan Digital NADI akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta akan membimbing mereka ke arah ekonomi digital. Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika diperlukan. |
||||||
7. S: Apakah peranan Ikon Usahawan NADI? |
||||||
J: ● Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon Usahawan NADI iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. |
||||||
8. S: Apakah usaha yang akan diambil oleh PEDi untuk memperkasakan usahawan luar bandar dan miskin bandar? | ||||||
J: ● NADI akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta.
● Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya. |
||||||
9. S: Apakah usaha ini dipantau? |
||||||
J: ● Kesemua aktiviti akan dipantau impaknya. Impak adalah dari segi peningkatan pendapatan oleh usahawan mikro yang telah menjalani bimbingan dan Latihan di NADI. ● Adalah disasarkan agar purata peningkatan usahawan mikro adalah sebanyak tidak kurang dari 30% berbanding dengan pendapatan sebelum memasuki Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil. ● Melalui pemantauan yang rapi ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat bertindak tangkas bersama agensi kerajaan lain serta pihak swasta untuk memperkemaskan aktiviti agar lebih mantap dan sesuai bagi usahawan mikro. |
||||||
Sumber :https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/SOALAN-SOALAN_LAZIM_MENGENAI_PUSAT_SEBARAN_MAKLUMAT_NASIONAL_-NADI-_20211124_FINAL.pdf | ||||||
|