Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital. NADI adalah salah satu inisiatif  daripada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA dan SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) dengan kerjasama TELEKOM MALAYSIA (TM) dan MSD INTELIGENT SDN BHD. NADI telah melaksanakan program untuk setiap NADI di seluruh Malaysia ke arah “1 STOP CENTRE”. Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. NADI diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.  

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI sebagai pusat untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah, klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan Negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan celik. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan   NADI  sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut: 

  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • 1 Stop Centre 
  • Pusat Pembangunan Usahawan Digital

 

Objektif penubuhan NADI adalah:

  • Memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan Internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.
  • Melahirkan lebih banyak warga celik IT tidak mengira umur

 

WAKTU OPERASI DAN BUTIRAN NADI PEKAN ASAJAYA :

 

 3

 

Email             : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Alamat Portal: http://pekanasajaya.pjk.my/

Alamat Media Sosial:https://www.facebook.com/NADIPekanAsajaya/ 

 

PETUGAS NADI PEKAN ASAJAYA

 

 

 PENGURUS4PEN PENGURUS