Advokasi KDB SK Asajaya Laut
Tarikh : 4 November 2019
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.00 Pagi
Lokasi :SK Asajaya Laut
Peserta : 47 Orang
Tujuan
- Mendedahkan kepada pelajar supaya berhati-hati melayari internet dan tidak melakukan buli siber.
- Menjelaskan kepada pelajar supaya tahu akan bahaya maklumat palsu dan kesannya kepada masyarakat.
- Menjelaskan kepada pelajar supaya berhati-hati berkongsi masalah peribadi di media sosial dan elakkan ‘oversharing’.
- Mendedahkan kepada belia mengenai hak & tanggungjawab dalam menangani jenayah siber yang mungkin berlaku kepada mereka.
- Kuiz spontan dijalankan untuk mengukuhkan kesedaran belia akan pentingnya kempen klik dengan bijak.
Lawatan Pelajar Sedidik Mutiara Semera
Tarikh : 21 Oktober 2019
Masa : 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Lokasi :Pusat Internet
Peserta : 35 Orang
Tujuan
- Mendedahkan kepada pelajar yang datang mengenai komputer dan fungsinya.
- Menjelaskan kepada pelajar pentingnya penggunaan komputer pada masa akan datang.
- Mendedahkan kepada pelajar mengenai Smartboard dan Paint.
- Mengajar pelajar menulis dan mewarna di Smartboard.
Taklimat Klik Dengan Bijak
Tarikh : 4 Oktober 2019
Masa : 9.30 Pagi hingga 12.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet
Peserta : 29 Orang
Tujuan :
- Mendedahkan kepada belia supaya berhati-hati melayari internet terutama kanak-kanak merupakan target utama aktiviti ‘online grooming’.
- Menjelaskan kepada belia supaya tahu akan ‘online grooming’ dan kesannya kepada masyarakat.
- Mendedahkan kepada belia mengenai hak & tanggungjawab dalam menangani jenayah siber yang mungkin berlaku kepada mereka.
- Kuiz online Kahoot! Dijalankan untuk mengukuhkan kesedaran belia akan pentingnya kempen klik dengan bijak.
Booth KDB Sempena Hari Sukan Negara Anjuran Perpustakaan Desa
Tarikh : 12 Oktober 2019
Masa : 9.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Lokasi :Dewan Serbaguna Kampung Semera Lot
Peserta : 48 Orang
Tujuan
- Mendedahkan kepada komuniti supaya berhati-hati melayari internet dan media sosial.
- Menjelaskan kepada komuniti pentingnya kempen klik dengan bijak yang dijalankan oleh Pusat Internet.
- Mendedahkan kepada komuniti menangani jenayah siber seperti siber buli dan maklumat palsu yang kian berleluasa.
- Kuiz KDB secara spontan dijalankan untuk mengukuhkan kesedaran komuniti akan pentingnya kempen klik dengan bijak.
Tarikh : 5 Oktober 2019
Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat : Pusat Internet & Dewan Serbaguna Kg Semera Lot
Jumlah Pengunjung : 150 Orang
Keahlian Baru : 10 Orang
Tujuan :
Program dijalankan untuk melestarikan pusat internet sebagai pusat ICT dan kesihatan serta dapat mengeratkan kerjasama pusat internet dengan komuniti kampung,agensi dan JKKK untuk mewujudkan komuniti sihat disamping mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi. Selain dapat memperkenalkan pusat internet Asajaya sebagai tempat tumpuan komuniti setempat sebagai pusat ICT , teknologi dan kesihatan serta persekitaran bersih.