LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Damia Farisyha Binti Amnu

Tarikh Lahir : 22 Oktober 2010

Umur : 11 Tahun

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : SK HAJI KELALI SEMERA

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum adanya kemudahan Pusat Internet, kebanyakan masa adalah dihabiskan dirumah sahaja dan bermain bersama-sama rakan-rakan beliau di luar.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau selalu menghabiskan kebanyakan masa dengan datang ke Pusat Internet untuk melayari internet sama ada untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja sekolah mahupun untuk merehatkan diri dengan melayari youtube. Beliau juga kerap mengikuti aktiviti yang diadakan oleh petugas PI seperti pertandingan menaip , kuiz kdb menggunakan Kahoot! Beliau juga suka mengikuti aktiviti yang diadakan petugas seperti dashboard komuniti, MyHealth dan MyShop dan lain-lain. Beliau juga selalu menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet Pekan Asajaya seperti fotokopi, mencetak dan scan kerana lebih dekat, mudah dan kos yang mampu di tanggung oleh pelajar.

Melalui Pusat Internet Pekan Asajaya juga beliau mula berjinak- jinak belajar menggunakan komputer seperti MS Word, MS Excel, MS Power Point, Paint dan juga belajar cara untuk mencetak, menyimpan dan “copy”. Ilmu ini sangat penting bagi pelajar untuk kegunaan masa depan beliau.

Beliau juga menjadi lebih aktif kerana selalu mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pekan Asajaya.

 Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

 Melalui Pusat Internet , Hidayah dapat mempelajari cara menggunakan Microsoft office (Word, Excel, dan juga Power Point), Paint dan lain- lain. Beliau juga dapat belajar cara mengambil maklumat daripada internet untuk kegunaan sekolah beliau. Disamping itu, beliau juga dapat belajar cara untuk memuat turun gambar daripada internet.

Hidayah turut juga diajar membuat video menggunakan video maker semasa bengkel video yang diadakan oleh petugas PI. Selain itu, beliau juga belajar membuat emel melalui gmail. Beliau di ajar cara untuk memuat naik dokumen dan gambar menggunakan emel.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

  1.  Membantu pelajar menggunakan internet dengan selamat dan bijak.
  2. Mengajar pelajar membuat video dan imej melalui aplikasi yang berkaitan.
  3. Memberi kelas tambahan untuk menambahkan lagi kemahiran komputer pelajar
  4. Kemudahan internet yang pantas memudahkan urusan mencari maklumat dan sebagainya.

Gambar Disini