Usahawan Online

Nama : Aimie Binti Sekin
Umur : 36 tahun
Ahli : 2020

Latar Belakang

Beliau merupakan surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan atas talian bagi membantu untuk menambahkan pendapatan keluarga. Beliau menjalankan perniagaan menjual kek lapis, kuih muih dan produk keluaran Sarawak ke luar negeri.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau hanya mempunyai pengetahuan IT pada tahap asas sahaja. Semenjak beliau menggunakan platform shopee sebagai pemasaran perniagaan beliau, beliau banyak menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau aktif dalam melibatkan diri di setiap aktiviti PEDi terutama yang melibatkan keusahawanan bagi menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Beliau juga sering menggunakan khidmat bantuan petugas PEDi dalam proses memasarkan produk beliau secara lebih meluas di atas talian.

Gambar disini