Usahawan Online

Nama : Muliati Binti Dasiry
Umur : 36 tahun
Ahli : 2020

Latar Belakang

Beliau telah menjalankan perniagaan keropok lekor sejak dari tahun 2014 secara kecil-kecilan. Setelah mendapat banyak tempahan, beliau telah mengembangkan perniagaan beliau dengan mengeluarkan pelbagai jenis produk atas nama syarikat beliau sendiri. Beliau juga mampu untuk mengupah beberapa orang pekerja bagi membantu beliau memenuhi tempahan pelanggan dari pelbagai tempat.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau hanya mempunyai pengetahuan IT pada tahap asas sahaja. Semenjak beliau menggunakan platform shopee sebagai pemasaran perniagaan beliau, beliau banyak menggunakan ICT.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau aktif dalam melibatkan diri di setiap aktiviti PEDi terutama yang melibatkan keusahawanan bagi menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Beliau mendapatkan khidmat kelas keusahawanan melalui platform shopee daripada latihan keusahawanan yang dijalankan di PEDi. Beliau juga sering menggunakan khidmat bantuan petugas PEDi dalam proses memasarkan produk beliau secara lebih meluas di atas talian.

Gambar disini