USAHAWAN KECIL KRAF TANGAN DAN PRODUK PENJAGAAN KULIT

LATAR BELAKANG  :

 Nama  : Dayang Sofina Binti Abang Madni
 Ahli   :  2022
 Umur : 36 Tahun
Pekerjaan : Menjual Produk Kraf Tangan dan Produk Penjagaan Kulit.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Puan Dayang merupakan anak jati Kampung Semera dan menjual hasil kraf tangan seperti kraf tangan kapal dan menjual produk penjagaan kulit. PEDi dapat memberi ilmu untuk beliau supaya dapat mempromosi produk perniagaan beliau di internet terutamanya media sosial. Oleh itu, dengan Puan Dayang mempelajari cara-cara ini, beliau akan dapat menarik lebih banyak pelanggan dengan menggunakan platform Facebook dan Whatsapp daripada sebelum ini hanya menjual produk dengan kenalan dekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

PEDi banyak memberi ruang dan peluang untuk peniaga mempromosi produk perniagaan beliau di internet terutama di media sosial. Puan Dayang juga dapat mempelajari cara untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan menggunakan platform Facebook dan Whatsapp daripada sebelum ini hanya menjual produk kepada kenalan terdekat sahaja.Beliau juga dapat mempelajari cara menghasil iklan untuk produk yang lebih menarik untuk diikalankan di media sosial beliau.Dengan mengikuti aktiviti di PEDi, Puan Dayang dapat menambah pengetahuan tentang media sosial sebagai sumber ekonomi dan mempelajari cara yang efektif untuk memasarkan dan mengetengahkan produk beliau. Justeru, ini juga dapat membantu Puan Dayang memperluaskan perniagaan beliau.

Gambar Disini