LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Muhammad Fakri Bin Muhammad Azizi Amry
Umur : 11 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Muhammad Fakri Bin Muhammad Azizi Amry merupakan anak kelahiran Kampung Semera. Beliau merupakan pelajar Tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Kelali, Semera. Bermula tahun 2023, Fakri telah mengenali NADI Pekan Asajaya. Selepas tamat sesi persekolahan, Fakri akan pergi ke NADI untuk meluangkan masa. Beliau juga telah berjinak meluangkan masa dan menyertai aktiviti yang di adakan di NADI. Menyertai aktiviti di NADI sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pengetahuan Fakri  dalam bidang ICT. Sebelum menyertai aktiviti di NADI, Fakri tidak mempunyai dan pengetahuan yang meluas tentang cara penggunaan komputer. Fakri juga tidak begitu arif dengan penggunaan pada dunia digital pada masa sekarang. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Microsoft Office dan penggunaan Internet of Things.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Menyertai aktiviti NADI telah memberi peluang kepada Fakri untuk mengenali kegunaan pengetahuan ICT kepadanya sebagai seorang pelajar. Beliau juga telah dapat mempelajari cara asas menggunakan Microsoft Word seperti menaip petikan pendek, membuat grafik dan jadual belajar. Hal ini akan membantu beliau terutamanya dalam pelajaran pada masa akan datang. Selain itu, Fakri juga belajar menggunakan ChatGPT dan Ai Image Generator sebagai pengenalan kepada teknologi Ai.

Beliau juga telah mengikuti aktiviti STEM yang telah diadakan oleh petugas NADI yang menekan pada bahagian sains,matematik dan teknologi. Seterusnya, Fakri juga menyertai aktiviti lain yang disediakan oleh petugas iaitu Klik Dengan Bijak dan Kuiz KDB yang menekankan tentang pentingnya mengetahui tentang maklumat palsu, buli siber dan juga kesan oversharing dalam penggunaan Internet. Melalui program ini, beliau dapat meningkat kesedaran tentang penggunaan Internet dengan selamat.

Gambar Disini

___________________________________________________________________________________________