LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama : Siti Zulaikha Binti Abdullah      
Umur : 56 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Puan Siti merupakan usahawan berasal Kampung Semera. Puan Siti merupakan seorang suri rumah dan juga usahawan kecil yang menjual produk beliau iaitu ikan kembung masin, sambal dan juga pitis di Kampung Semera. Sebagai usahawan kecil yang baru bermula berniaga, Puan Siti Zulaikha Binti Abdullah tidak mempunyai pengetahuan yang banyak untuk pengurusan perniagaan kecil beliau.Oleh itu, beliau mula melibatkan diri dengan aktiviti di NADI Pekan Asajaya.NADI dapat mengajar usahawan mempromosikan produk perniagaan beliau di internet terutama media sosial. Oleh itu,dengan Puan Siti dapat mempertingkatkan ilmu beliau dengan mempelajari cara untuk menarik lebih banyak pelanggan melalui platform atas talian yang sebelum ini hanya menjual produk kepada kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Puan Siti dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih baik terutamanya atas talian Beliau juga dapat mempelajari cara membuat langkah-langkah asas untuk mula menjual produk di Tiktok. Tambahan pula, beliau juga telah berjaya mempelajari cara membuat menu makanan dan poster untuk promosi produk beliau menerusi laman web Canva. Puan Siti juga telah menyertai pertandingan membuat menu makanan di NADI.Selain itu, beliau juga dapat mempelajari cara membuat pembayaran dengan mudah menerusi QR payment. Pengetahuan yang beliau akan sedikit sebanyak akan dapat membantu beliau pada masa akan datang.Kini, beliau aktif produk beliau melalui postingan Whatsapp.

 

Gambar Disini

___________________________________________________________________________________________