LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Muhammad Aqil Ziqri Bin Shahwan
Umur : 12 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Mohammad Aqil Ziqri Bin Shahwan merupakan anak kelahiran Kampung Semera. Beliau merupakan pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Kelali, Semera. Pada tahun 2023, Aqil telah mendaftar sebagai ahli di NADI Pekan Asajaya.Sebelum menyertai aktiviti di NADI, Aqil tidak begitu arif dengan penggunaan komputer. Aqil juga tidak mempunyai pengetahuan yang meluas pada dunia digital pada masa sekarang. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Microsoft Office, Canva dan sebagainya.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Menyertai aktiviti NADI telah memberi peluang kepada Aqil untuk mengenali kegunaan pengetahuan ICT kepadanya sebagai seorang pelajar. Beliau juga telah dapat mempelajari cara asas menggunakan Microsoft Word seperti menaip petikan pendek, dan membuat jadual Aqil juga telah mempelajari cara membuat poster dan video pendek dengan menggunakan aplikasi Canva. Hal ini akan membantu beliau terutamanya dalam pelajaran pada masa akan datang.

Beliau juga telah mengikuti aktiviti STEM yang telah diadakan oleh petugas NADI yang menekan pada bahagian sains,matematik dan teknologi. Seterusnya, Aqil juga menyertai aktiviti lain yang disediakan oleh petugas iaitu Klik Dengan Bijak dan Kuiz KDB yang menekankan tentang pentingnya mengetahui tentang maklumat palsu dan buli siber dalam penggunaan Internet. Melalui program ini, beliau telah didedahkan dengan kepentingan mengatasi maklumat palsu, buli siber dan penipuan internet.

 

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________________________________________________________________