LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Dayang Rozina Binti Abg Madni
Umur : 41 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Dayang merupakan seorang guru sekolah menengah. Sebagai seorang guru, Puan Dayang ingin memperbaiki kemahiran dan ICT beliau yang dapat diaplikasikan dalam bidang pekerjaan. Oleh itu, Puan Dayang telah mengikuti aktiviti bulanan yang diadakan oleh petugas di PEDi Pekan Asajaya.Puan Dayang tidak begitu mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office versi terkini iaituProfessional Plus 2021. Selain itu, Puan Dayang juga tidak arif akan laman web Canva yang boleh menghasilkan poster, stiker dan sebagainya dengan mudah dan pantas yang boleh membantu dalam menghasilkan bahan bantu mengajar beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Dayang telah mahir menggunakan Microsoft Office Word dan Powerpoint versi terkini Professional Plus 2021. Beliau juga telah berjaya mempelajari fungsi-fungsi terbaru word dan powerpoint seperti Autofit with contents/window. Beliau juga telah berjaya mencipta poster, kad kahwin dan stiker dengan kreatif melalui templat-templat yang sedia ada pada Canva. Tambahan pula, beliau juga telah mengikuti kuiz Klik dengan Bijak sekaligus dapat menambah kesedaran beliau akan bahayanya penipuan internet dan penyebaran maklumat palsu.

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Mohammad Aiman Bin Ahmad Hasri
Umur : 18 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Mohammad Aiman berasal dari Kampung Semera dan juga merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur 18 tahun. Aiman mendaftar menjadi ahli PEDi pada tahun 2023 dan ingin mengikuti kelas ICT untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan beliau.Sebelum menyertai kelas dan aktiviti di PEDi, Aiman tidak mempunyai banyak ilmu mengenai penggunaan Microsoft Office yang boleh membantu beliau dalam bidang pelajaran mahupun bidang pekerjaan. Aiman juga tidak begitu arif dengan cara menaip  menggunakan Word dan Powerpoint. Sehubungan dengan itu, Aiman telah mengikuti Kelas Asas Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel) dan juga Kelas Canva di PEDi Pekan Asajaya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Selepas penyertaan kelas di PEDi, Aiman telah mempelajari asas fungsi Microsoft Word, Powerpoint dan juga Excel. Beliau telah berjaya mempelajari cara menaip surat rasmi, invois, slaid persembahan dan juga formula-formula asas (tolak, tambah, bahagi, darab) Microsoft Excel. Aiman juga berjaya mencipta poster dan menu makanan dengan menggunakan templat-templat mudah di Canva. Tambahan pula, Aiman juga telah mempelajari kaedah menulis resume dengan mudah juga dengan menggunakan templat di Canva. 

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Mohammad Haziq Denish Bin Addah
Umur : 13 Tahun


Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Sebelum meluangkan masa dan menyertai aktiviti PEDi, Haziq tidak mempunyai pengetahuan yang meluas berkaitan dengan penggunaan komputer dan internet. Pada masa ini. Haziq juga tidak tahu akan fungsi perkakas komputer seperti papan kekunci dan tetikus. Selain itu, beliau juga tidak tahu akan asas menaip dan pembuatan slaid menggunakan komputer dan Microsoft Office. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Kini, Muhammad Haziq telah dapat meningkatkan ilmu berkaitan dengan ICT. Beliau telah mahir dengan cara penggunaan komputer dan membuat slaid persembahan menggunakan Microsoft Powerpoint. Selain itu, Haziq juga telah mengenali aplikasi Canva sebagai medium untuk membuat poster dan stiker digital. Beliau telah berjaya menyerlahkan kreativiti ketika belajar tentang penggunaan aplikasi Canva. Tambahan pula, beliau telah mahir menggunakan peralatan komputer seperti papan kekunci dan tetikus tanpa bantuan petugas. Selain itu, beliau juga menyertai aktiviti lain yang disediakan oleh PEDi seperti advokasi Klik dengan Bijak dan Kuiz Kahoot! Modul KDB. Melalui program ini, beliau telah didedahkan dengan kepentingan mengatasi maklumat palsu dan buli siber. Beliau juga telah didedahkan bahaya pengantunan seksual terhadap kanak-kanak dan cara-cara untuk mengatasi perkara ini berlaku. 

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama : Noamira Binti Amin
Umur : 33 Tahun


Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Noamira merupakan usahawan berasal Kampung Semera. Puan Noamira merupakan seorang suri rumah dan juga usahawan kecil yang menjual makanan di Kampung Semera. Sebagai usahawan kecil yang baru bermula berniaga, Puan Noamira tidak mempunyai pengetahuan yang banyak untuk pengurusan perniagaan beliau.Oleh itu, beliau mula melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Asajaya bagi.PEDi banyak memberi ruang dan peluang untuk peniaga mempromosikan produk perniagaan beliau di internet terutama media sosial. Dengan menyertai aktiviti PEDi, Puan Noamira dapat mempelajari cara untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan menggunakan platform Facebook dan Whatsap sebelum ini hanya menjual produk kepada kenalan terdekat sahaja. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang prosedur pengendalian makanan yang telah disyorkan oleh pihak KKM.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Puan Noamira dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih baik terutamanya atas talian iaitu melalui platform Whatsapp dan Facebook. Hal ini juga telah mempertingkat penggunaan ilmu ICT Puan Amira dalam perniagaan beliau. Beliau juga dapat mempelajari cara membuat langkah-langkah asas untuk mula menjual produk di platform shopee. Tambahan pula, beliau juga telah berjaya mendapatkan Sijil Pengendali Makanan yang telah disahkan Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah menyertai Kursus Pengendali Makanan yang telah dianjurkan oleh pihak PEDi Pekan Asajaya dengan kerjasama pihak NZ Venture.

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Mohammad Abdullah Bin Iskanda 
Umur : 9 Tahun


Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Muhammad Abdullah Bin Iskanda merupakan anak kelahiran Kampung Semera. Beliau merupakan pelajar tahun 3 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Kelali, Semera. Bermula tahun 2022, Abdullah telah mengenali PEDi Pekan Asajaya. Beliau juga telah berjinak meluangkan masa dan menyertai aktiviti yang di adakan di PEDi.Sebelum menyertai aktiviti di PEDi, Abdullah tidak tahu tentang cara penggunaan komputer dan fungsi perkakas komputer. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Microsoft Office (Word dan Powerpoint).

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Menyertai aktiviti PEDi telah memberi peluang kepada Abdullah untuk mengenali kegunaan pengetahuan ICT kepadanya sebagai seorang pelajar. Beliau juga telah dapat mempelajari cara asas menaip di Microsoft Word dan membuat slide persembahan menggunakan Microsoft Powerpoint. Hal ini akan membantu beliau terutamanya dalam pelajaran pada masa akan dating. Beliau juga menyertai aktiviti lain yang disediakan oleh petugas iaitu Klik Dengan Bijak dan Kuiz KDB yang menekankan tentang pentingnya mengetahui tentang maklumat palsu dan buli siber dalam penggunaan Internet. Melalui program ini, beliau telah didedahkan dengan kepentingan mengatasi maklumat palsu dan buli siber.

 

Gambar Disini

___________________________________________________________________________________________