LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Nursyafira Binti Jeppri
Umur : 13 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Nursyafira merupakan pelajar sekolah yang berasal dari Kampung Semera.Beliau merupakan pelajar Tingkatan Satu di SMK Sadong Hilir. Pada tahun 2022, Nursyafira mula meluangkan masa di PEDi Pekan Asajaya selepas tamat waktu persekolahan dan hujung minggu. Sebelum meluangkan masa di PEDi, beliau tidak mengetahui cara penggunaan komputer dan tidak tahu akan kegunaan Microsoft Office seperti Word dan Powerpoint yang boleh digunakan dalam pembelajaran.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Beliau mendapat pengetahuan internet dan ICT yang baru dan dapat dipraktikkan dalam pembelajaran. Melalui PEDi, beliau juga berjinak menggunakan Microsoft Powerpoint dan Word sebagai salah satu inisiatif pembelajaran untuk menyiapkan tugasan di sekolah. Beliau juga telah menyertai aktiviti yang lain seperti Advokasi Klik Dengan Bijak yang menekan Buli Siber dan mengenali maklumat palsu. Penglibatan beliau di PEDi telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT beliau.

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG PESERTA

Nama : Mohammad Nizar Bin Suaidi
Umur : 25 Tahun

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Mohammad Nizar merupakan belia yang berasal dari Kampung Semera. Beliau juga seorang pelajar Universiti Teknologi Mara peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pada tahun 2022, beliau mengenali PEDi Pekan Asajaya dan mengikuti aktiviti yang disediakan oleh  petugas. Sebelum mengikuti aktiviti PEDi, Mohammad Nizar tidak terdedah akan penggunaan Canva sebagai aplikasi yang boleh membantu beliau dalam pembelajaran IPT. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PEDi

Beliau mendapat pengetahuan internet dan ICT yang baru dan dapat dipraktikkan dalam pembelajaran Universiti. Melalui PEDi, beliau juga berjinak menggunakan aplikasi Canva sebagai medium untuk menyiapkan tugasan di Universiti. Beliau juga menyertai aktiviti lain yang disediakan oleh petugas PEDi. 

Gambar Disini

 

USAHAWAN KECIL KUIH TRADISIONAL

LATAR BELAKANG  :

 Nama  : Lijawati Binti Morni
 Umur  : 34 Tahun
 Ahli   :  2022

Pekerjaan 

 : Menjual Kuih Tradisional (Kuih Sepit dan Rempeyek)

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Puan Lijawati seorang usahawan kuih tradisional seperti kuih sepit dan rempeyek di kampung. Sebelum ini, beliau hanya menjual produk kuih tradisional kepada kenalan terdekat sahaja di kampung dan menjalankan perniagaannya di rumah sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

PEDi banyak memberi ruang dan peluang untuk peniaga mempromosi produk perniagaan beliau di internet terutama di media sosial. Puan Lijawati juga dapat mempelajari cara untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan menggunakan platform Facebook dan Whatsapp daripada sebelum ini hanya menjual produk kepada kenalan terdekat sahaja.Beliau juga dapat mempelajari cara menghasil iklan untuk produk yang lebih menarik untuk diikalankan di media sosial beliau.Dengan mengikuti aktiviti di PEDi, Puan Lijawati dapat menambah pengetahuan tentang media sosial sebagai sumber ekonomi dan mempelajari cara yang efektif untuk memasarkan dan mengetengahkan produk mereka.

Gambar Disini

 

USAHAWAN KECIL KRAF TANGAN DAN PRODUK PENJAGAAN KULIT

LATAR BELAKANG  :

 Nama  : Dayang Sofina Binti Abang Madni
 Ahli   :  2022
 Umur : 36 Tahun
Pekerjaan : Menjual Produk Kraf Tangan dan Produk Penjagaan Kulit.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Puan Dayang merupakan anak jati Kampung Semera dan menjual hasil kraf tangan seperti kraf tangan kapal dan menjual produk penjagaan kulit. PEDi dapat memberi ilmu untuk beliau supaya dapat mempromosi produk perniagaan beliau di internet terutamanya media sosial. Oleh itu, dengan Puan Dayang mempelajari cara-cara ini, beliau akan dapat menarik lebih banyak pelanggan dengan menggunakan platform Facebook dan Whatsapp daripada sebelum ini hanya menjual produk dengan kenalan dekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

PEDi banyak memberi ruang dan peluang untuk peniaga mempromosi produk perniagaan beliau di internet terutama di media sosial. Puan Dayang juga dapat mempelajari cara untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan menggunakan platform Facebook dan Whatsapp daripada sebelum ini hanya menjual produk kepada kenalan terdekat sahaja.Beliau juga dapat mempelajari cara menghasil iklan untuk produk yang lebih menarik untuk diikalankan di media sosial beliau.Dengan mengikuti aktiviti di PEDi, Puan Dayang dapat menambah pengetahuan tentang media sosial sebagai sumber ekonomi dan mempelajari cara yang efektif untuk memasarkan dan mengetengahkan produk beliau. Justeru, ini juga dapat membantu Puan Dayang memperluaskan perniagaan beliau.

Gambar Disini

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nazatul Azeema Binti Mohammad Fauzee
Umur : 19 Tahun
Ahli :  2020

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum adanya kemudahan PEDi, kebanyakan masa Nazatul dihabiskan dirumah sahaja dan bersama-sama rakan beliau di luar.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Beliau selalu menghabiskan masa dengan datang ke PEDi untuk belajar penggunaan komputer dan Internet. Beliau juga kerap mengikuti aktiviti yang diadakan oleh petugas PEDi seperti Kelas Asas Microsoft dan Kelas Canva. Beliau juga suka mengikuti aktiviti yang diadakan oleh petugas. Beliau juga selalu menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi seperti fotokopi, mencetak kerana lebih dekat dan kos yang mampu setelah menjadi ahli.

Melalui PEDi, beliau berjinak-jinak belajar menggunakan komputer seperti MS Word, Powerpoint dan Kelas Canva untuk membuat resume, video dan poster. Ilmu ini sangat penting untuk kegunaan masa depan beliau.

 

Gambar Disini